Apakah perbezaan antara kes Mal dan kes Jenayah Syariah?

Kes Mal ialah kes yang melibatkan tuntutan dari sesuatu pihak kepada sesuatu pihak yang lain mengenai sesuatu hak atau sesuatu pihak memohon sesuatu perintah daripada Mahkamah. Kes Mal dimulakan dengan pihak yang menuntut (dipanggil Plaintif/Pemohon) memulakan kes dengan mendaftarkan borang tertentu di Mahkamah. Dalam istilah undang-undang borang tersebut di sebut "Saman dan Penyata Tuntutan" atau "Permohonan dan Afidavit Sokongan". Contoh jika satu pihak ingin menuntut harta sepencarian, pihak tersebut perlulah mendaftar melalui Saman dan Penyata Tuntutan. Kes ini akan disebut sebagai kes Mal.

Kes jenayah Syariah ialah jenis kes di mana pihak yang mendakwa iaitu Pendakwa Syarie akan menuduh seseorang yang melakukan jenayah atau kesalahan Syariah untuk dihakimi dan dihukum oleh Hakim Syarie jika didapati bersalah. Contoh jika seseorang ditangkap kerana berjudi, ia akan, dituduh di Mahkamah Syariah dan ianya disebut kes Jenayah

Jabatan Pendakwaan Syariah Pulau Pinang
Tingkat 18,Menara JKP
 128 Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang
Tel : +604-2189841
Faks : +604-2189617
Emel : jpsypp[at]penang[dot]gov[dot]my  
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome, Internet Explorer 9 ke atas dan Mozilla Firefox 3.5 dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixels

  • Kemaskini Akhir: Thursday 15 December 2022.