Objektif Jabatan
| Prosiding kes: Memulakan, menjalankan dan memberhentikan apa-apa prosiding pendakwaan bagi kes jenayah Syariah dengan telus dan berintegriti sebagaimana diperuntukkan di dalam seksyen 78 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004. |
|
| Rayuan: Melaksanakan pengurusan kes rayuan berdasarkan undang-undang dan Hukum Syarak yang berkuatkuasa di Negeri Pulau Pinang. |
|
| Rekod: Melaksanakan pengurusan rekod kes-kes jenayah Syariah dan menyediakan statistik kes-kes jenayah Syariah. |
|
| Penyelidikan: Melaksanakan kajian berkaitan isu-isu perundangan sebagai input hujah pendakwaan serta menyelaras dan menjadi urusetia penggubalan, pindaan dan semakan undang-undang Syariah. | |
| Tadbir urus: Menguruskan hal ehwal sumber manusia, pentadbiran dan kewangan Jabatan Pendakwaan Syariah Pulau Pinang. |