Sejarah Penubuhan

Pada peringkat awalnya, urusan penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah dijalankan oleh sebuah bahagian dan diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah (KPP).Mulai tahun 2007, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah mula mengambil inisiatif untuk meletakkan struktur pengurusan penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah kepada dua bahagian berasingan bagi memantapkan keberkesanan tugas dan peranan kedua-dua bahagian

  • Pada 20 Mac 2015, melalui mesyuarat Jemaah Menteri, satu memorandum cadangan telah diangkat untuk menaik taraf Bahagian Pendakwaan menjadi sebuah Jabatan.
  • Pada 5 Mei 2015, Mesyuarat Majlis Agama Islam Pulau Pinang Bil.2/2015 telah bersetuju dengan cadangan pengasingan serta penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Pulau Pinang.
  • Seterusnya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bil.29/2018 pada 5 September 2018 juga telah meluluskan pengasingan Bahagian Pendakwaan JHEAIPP untuk di naik taraf kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Pulau Pinang (JPSYPP).
  • Pada 18 Februari 2019, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia SUK telah menghantar cadangan penubuhan JPSYPP (Carta Organisasi dan Implikasi Kewangan) ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara Kaedah “ Lock Stock & Barrel” di mana 13 jawatan sedia ada dikeluarkan daripada JHEAIPP dan tanpa sebarang implikasi kewangan.
  • Pada 22 Mac 2019 Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan Cadangan Tambahan Peruntukan Mengurus Tahun 2019 yang berjumlah RM 2,595,519.97 dan mewujudkan PTJ serta Ketua Pendakwa Syarie sebagai Pegawai Pengawal.
  • Selanjutnya pada 6 September 2019, Jabatan ini menerima Waran Perjawatan Negeri Pulau Pinang Bil. 1 Tahun 2019 bagi penubuhan JPSYPP daripada Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUK.
  • Surat kelulusan ini ditandatangani oleh Ketua Menteri Melaka berkuatkuasa 1 Jun 2019.
  • Kini, JPSYPP telah berpindah ke pejabat baru yang beralamat di Tingkat 18, Menara JKP, Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang yang mempunyai keluasan sebanyak 4,242.06 kaki persegi dengan kadar sewa sebanyak RM8,484.12 sebulan.

Jabatan Pendakwaan Syariah Pulau Pinang
Tingkat 18,Menara JKP
 128 Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang
Tel : +604-2189841
Faks : +604-2189617
Emel : jpsypp[at]penang[dot]gov[dot]my  
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome, Internet Explorer 9 ke atas dan Mozilla Firefox 3.5 dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixels

  • Kemaskini Akhir: Khamis 15 Disember 2022.